Tuesday 3 March 2015

JIM1101A

Ok, first masuk kelas sangat lah rasa macam krik krik krek krek kruk kruk krok krok sebab tak jumpa kawan yang sekepala lagi. Cuma ada Ira sorang jelah, tapi lepas seminggu and budak penerapan dari Pra Dip masuk aku terkejut jugak lah bila jumpa kawan sekolah rendah aku yang dah bertahun tak jumpa. Berpeluk jugak lah aku dengan si Elyna tu hahaha. Masa haritu jugak kami ada sesi bergambar untuk kelas dan dari situ lah kami semua bertegur. Lepas seminggu nampak jugak lah semua semua punya perangai yang gila gila, yang memang sekepala dengan aku. Bak kata dalam cerita Laskar Pelang tu "kaya setan" hahaha.Perangai masing masing tak pernah tak happy kan hari aku, ada je benda nak buat aku punya hari hari bahagia ecehhhh! Tapi gentle lah aku cakap, bersyukur dapat classmate macam ni. Bak kata orang kami ni "united", sebab pergi sana sini bersama, dah macam satu family yang pergi rombongan meminang kalau nak pergi makan. Nak pergi makan sesama, buat kerja sesama, senang cerita banyak masa terluang dengan dorang ni. Tapi dalam kami ber "united" macam macam jugak yang terjadi, tipu lah kalau takda gaduh takda sentap sentap dengan kawan kan. Aku rasa paling bersalah sebab aku jenis yang kasar yang tak pandai nak jaga hati orang, so rasa macam banyak buat orang sakit hati kecewa terobek hati dengan aku. Sampai satu tahap kami kumpul ramai ramai untuk luahkan perasaan masing masing so dari situ semua terubat. Aku cuma taknak persahabatan aku dengan dorang sampai sekerat jalan je, kalau boleh nak sampai ke surgaaaaa. Aku bersyukur dan bahagia dapat kawan macam korang semua. Walaupun kelas lain tak suka dengan kelas kita, kita pedulikan apa orang kata sebab orang lain taktahu apa yang kita alami. Class A, Swekk!! Aku sayang JIM1101A :)

Salam Perkenalan dari MDS

Emmm nak dijadikan cerita, kat sini aku mula hidup dengan MDS. Mula kenal kawan kawan dari MDS, nak tahu tempat belajar semua dari MDS. Aku memang jenis yang cepat bergaul dan peramah, so senang lah sikit nak cari kawan. Jumpa jugak lah 3 orang cinggey yang kekal kawan sampai sekarang macam Ira, Pein and Suzie. Boleh dikatakan dorang ni satu kepala dengan aku lah sebab dorang ni punya perangai pun gila gila macam aku, masuk air. Asyik nak gelak je bila dengan dorang. Lepastu masa MDS, aku kena bangun pukul 3.30 pagi, tidur pukul 1. Setiap hari macam tu, kekadang mengeluh jugak lah, tipu lah kalau takda rasa penat dalam diri en cuma tulah aku nak cakap kena gagahkan diri ni jugak demi masa depan sendiri. Pepagi dah kena berkumpul dekat Masjid Al-Syakirin, bagi yang tak boleh solat tu ok lah seronok sebab boleh tidur sekejap sementara orang lain solat. Lepastu pergi lah DST untuk buat aktiviti seterusnya. Dalam perjalanan tu kami kena jalan laju, memang taknak ada gap dengan orang depan sampai kena jerit kalau ada yang jalan lenggang mak inang hahaha. Tapi ni semua untuk kepentingan kita jugak, kena tepati masa, nak hidupkan diri kita untuk berdisiplin. Mana tak nya, nak makan pun hanya ada masa 3 minit hahaha. MDS megajar aku banyak benda, kat sini pun jumpa akak abang PM yang sangat terboek! Mula mula bila cakap pasal MDS aku takut sebab member aku yang kat Pinang sampai kena ragging. At last aku bersyukur jugak lah sebab kat sini takda macam tu. Seronok sampai boleh ada sesi karaoke dengan PM semua. Mula dapat kawan dari MDS, bertegur berseronok macam dah kenal setahun hahaha tapi nak cakap yang MDS UiTM Segamat terboek!!

Malas nak belajor, Tak suka nak belajor

Assalamualaikum. Ibu ayah bagi nama Nur Natasya Nadhirah, tapi bila dah sampai dekat sekolah macam macam nama aku dapat, Nadh lah, Tasya lah dan yang paling melekat sampai sekarang Doraemon. Aku tak tahu kenapa, mungkin badan aku bulat macam doraemon kot hahahaha. Tapi tak apa, aku tak kisah pun orang nak panggil aku apa asalkan aku bahagia. Nak cakap aku orang Melaka tak boleh sangat, sebab aku lahir je Melaka lepastu membesor dekat Ampang. 18 tahun jugak lah aku hidup dekat Ampang ni. Bila nak dibuatkan cerita sebelum aku masuk Uitm Segamat ni, aku kerja selama 11 bulan. Lagi berapa hari nak daftar kat sini baru aku berhenti. Aku tak suka belajar dan malas nak belajar, nak cakap result SPM teruk tu boleh tahan lah sebab dapat 5a je, lepastu B dah kena sailang dengan orang lain, terus dapat 3c. Aku bersyukur jugak lah, sebab parents aku tak percaya yang aku boleh dapat keputusan macam tu sebab aku bukan jenis yang belajar. Aku aktif sukan, suka tidur and akan belajar bila esok nak exam, bila ada homework tapi tu pun kekadang je lah hehe. Kat sini dah nampak dah yang aku bukan jenis yang nak belajar. Banyak jugak tawaran yang aku dapat tapi aku tak terima, aku dapat Politeknik Sabak Bernam aku tak pergi, aku dapat KPTM aku tak pergi, aku dapat UiTM Seri Iskandar untuk Pra Dip pun aku tak pergi. Ibu aku punya lah bising, sebab aku tak dapat masuk masa sem pertama tu. Macam macam dia cakap tapi aku steady kan diri macam ayah aku. Ayah aku tak kisah pun aku nak belajar ke nak kerja. Dia kata kalau takda rezeki nak buat macam mana kan. Aku sokong apa yang ayah aku kata tapi ibu still suruh aku belajar. So, dengan berat hati yang memikirkan perasaan ibu yang nak sangat aku belajar ni aku terpaksa lah gagahkan diri jugak.Masa hari nak daftar jadi student UiTM Segamat ni, aku malas sangat. Kalau boleh nak pergi satu jam sebelum kena berkumpul haha punya lah malas aku nak masuk sini. Dah lah masa tu sakit mata teruk, dah rasa macam mata "rashinggan", tak kisah lah ayat dia betul ke tak asalkan ada bunyi hahahaha. Tapi masa dalam perjalanan ke sini, teruk jugak lah aku muntah. Banyak kali jugak berhenti.Bila dah sampai sini, aku daftar dah amik barang letak dalam bilik, lepastu pergi makan dkt Nr. Masa parents semua hantar nak pergi berkumpul aku dah rasa sebak sebab aku memang tak pernah berpisah dengan keluarga aku. Pergi kem kat sekolah pun tak pernah, cuma last form5 je aku pergi tu pun sebab member paksa. Menangis jugak lah aku tapi bila dah jumpa kawan kat sini terubat lah sikit. Walau macam mana pun, aku still homesick rindu kan family yang jauh beribu batu tu huhuhu. Hari hari hati ni teriak nak balik sana, tapi apakan daya aku kena teruskan jugak. Kena kuatkan diri jugak untuk masa hadapan.